Myvi Putih Hilang Di JB

by lankapo | 1:13 PM in | comments (1)

Malam tadi anak aku meragam..nak main bola pukul 3 pagi, tido tk nak. Nenen sebotol sudah habis, tapi mata masih tk mengantuk.Terpaksa jugak aku layankan,

Lepas tuh nk layankan Elmo plak…still kul 4 baru tido.Itu pun puas memujuk  baru lah nak lelap matanya.

 

Nak di jadikan cerita aku bermimpi berkunjung ke JB membawa MyVi putih bersama isteri.Sampai di bustand bertemu seorang teman, tanpa disedari kereta itu hilang. Terus gelabah dan terjaga jugak menyangka kereta aku benar2 hilang. Tidur pun tk lena. Dalam mimpi siap nk publish kat fb suruh kawan2 carikan kereta aku yg hilang.

Bangun pagi terus cerita pasal kereta hilang di JB di FB. Tak ku sangka mimpi kereta putih hilang di JB membawa petanda kawanku Mohd Aidi l@ Karat di JB pergi buat selamanya. Aku baru sahaja menghubungi arwah ketika kami turun ke JB melawat Zoo Singapore tempoh hari. Suaranya ceria kerana baru mendapat anak perempuan.Itu kali terakhir aku berbicara dengannya.

Arwah seorang yang ceria, minat kepada programming, suka repair pc kawan2 dan rival aku masa main Fifa dulu. Banyak sungguh kenangan.Walaupun sekarang sudah membawa haluan masing-masing tapi still bertanya khabar.Kini semua tinggal memori.

Selamat jalan sahabat..semoga roh mu sentiasa di cucuri rahmat dan berada di samping orang yang beriman.Kita yang masih hidup beringatla, ajal menjemput kita tanpa kita duga walaupun masa tidur. Al- Fatihah

Damia Berkurung Hijau

by lankapo | 11:58 AM in | comments (1)










Selepas pulang dari nursery Damia haus la papa. So kita minum vitagen dulu.
Azlan A.Raof
www.lankapo.com
From Nokia N95

Damia and Air Pasammnya

by lankapo | 12:33 PM in | comments (1)

 

Tak sangka masa berlalu pantas, syukur damia dah petah. Boleh la nak ajak sembang.

Kalau dia tak tahu dia akan tanya..apa tuhhh

PR bagus plak tu, jumpa sapa2 pun dia tegur, HI..

Pastu klu nk tido kena nyanyi lagu air pasam. hehe.Mangsa biasanya Mami yang kena bobok n nyanyi dgn Papa tk nak. Dengan Papa biasa mangsa kena buat nenen pukul 4 pagi. “Papa nak nenen Amia”

Cian..Damia Bangun Mami dah pegi keja. Papa yang hantar kan Damia pergi school.Kandang-kadang jalan kaki je..

Kadang-kadang naik car papa :)

Terharu jugak, bila dia tanya Papa dah sembahyamm ? Dahh..aku jawab. Bila tanya dia plak dia pun jawab dahh jugak

Degil betul Mondok ni

by lankapo | 11:13 AM in | comments (0)


Susah betul nak bunuh tak sampai hati, nk lemas kan pandai plak dia naik tempat tinggi. Selepas semalaman aku biarkan si mondok ni berendam tapi tak lemas juga.

Akhirnya aku bercadang untuk membuangnya ke habitat asalnya semula haha.
Posted by Picasa

Posted by Picasa

Blog Archive

Tips Cinta

Chat With Me


ShoutMix chat widget

Latest Posts